10 SEBAB KENAPA PROTEIN PENTING UNTUK KECANTIKAN WANITA
Peranan potein dalam diet seharian
- membina dan membaiki otot atau tisu rosak
- menghasilkan enzim dan hormon
- menyokong sistem imun
- mengekalkan tahap tenaga dan stamina yang tinggi
Sumber Protein
- Makanan berasaskan haiwan seperti daging, ikan, ayam, telur dan susu
- Makanan berasaskan tumbuhan seperti kekacang, brokoli, bayam dan asparagus
- Makanan tambahan supplement
Dalam satu kajian yang dijalankan oleh fitnessrxwomen, pengambilan protein yang secukupnya bukan sahaja penting untuk kesihatan tetapi meningkatkan kecantikan wanita
10 sebab protein penting untuk wanita yang inginkan kesihatan dan kecantikan yang terbaik
1. Berat badan ideal
Apabila kita melebihkan protein dan mengurangkan karbohidrat dalam diet, ini dapat mengurangkan tisu lemak dalam tubuh. Pengambilan secara konsisten mampu mengekalkan berat badan ideal
2. Kawal rasa lapar
Breakfast setiap pagi dengan sajian tinggi protein seperti greek yogurt dan ESP mengaktifkan hormon yang bertindak balas menyekat rasa lapar sepanjang hari
3. Membuat anda rasa kenyang
Diet tinggi protein membantu mengawal selera dan memberi rasa kenyang lebih lama berbanding diet tinggi karbohidrat dan lemak
4. Bakar Kalori
Diet tinggi protein akan meningkatkan proses themogenesis iaitu proses untuk tubuh meningkatkan pengeluaran tenaga. Lebih banyak kalori akan dibakar apabila protein diambil secukupnya
5. Kesihatan tulang
Kekurangan protein menyebabkan kurangnya kalsium diserap oleh badan dan individu akan mengalami risiko kehilangan kepadatan tulang. Oleh itu protein perlu diambil untuk memastikan tulang kita mendapat kalsium yang secukupnya6. Anti-penuaan
Apabila umur makin meningkat, jisim otot akan berkurangan, tetapi pengambilan protein yang cukup dapat melambatkan proses ini disamping senaman yang konsisten
7. Anti-Stress
Apabila kita mengalami stress, badan turut sama mengalami kesan stress dan menrencatkan penghasilan hormon. Protein akan membantu untuk mengembalikan dan memulihkan sistem tubuh badan
8. Kesihatan kulit
Organ paling banyak terdedah kepada matahari dan sinaran uv ialah kulit. Dengan pengambilan protein dapat melindungi serta mengurangkan kesan uv. Protein juga membantu baikpulih kulit supaya sentiasa mulus, tegang dan awet muda.
9. Kesihatan rambut
Pengambilan protein dapat mengurangkan masalah keguguran rambut dan menjadkan rambut tumbuh lebih sihat dan lebat.
10. Membantu dalam diet seharian
Untuk memiliki tubuh yang cantik tidak semestinya kita hanya perlu mengambil sayur-sayuran yang banyak tetapi pengambilan protein yang secukupnya juga perlu untuk tubuh badan untuk pertumbuhan otot, tulang dan rambut.
PROTEIN PILIHAN NURUL
Semestinya ialah Energizing Soy Protein (ESP)
Pengamalam ESP secara konsisten memang membantu Nurul dalam mengekalkan berat badan dan mendapatkan kulit yang lembut, cerah, dan berseri.
I love esp. Kulit lembap je
ReplyDeleteFatwaPujangga, kan memang kulit lembap glowing
ReplyDelete