Renew Passport RTC Gopeng Part 1

Hari ini 7/9/2017, Khamis,  sengaja ambil cuti sebab nak settle kan banyak hal dengan kwsp, tabung haji dan imigresen. Pagi-pagi pergi kwsp dgn tabung haji dulu, dah settle sana dalam 10.30 pagi cepat-cepat gerak ke pejabat imigresen nak renew passport.

 Mula-mula ingat nak pergi UTC Ipoh je, tapi bila fikir susahnya nak cari parking kat sana jadi ambil keputusan cuba nasib di RTC Gopeng. Dalam 11 pagi sampai RTC Gopeng, tercari-cari mana pejabat imigresen, rupa-rupanya skali dengan JPN. Mungkin sebab hari ni hari bekerja jadi area tu gelap dan kurang orang sikit.

Bila masuk ada 3 kaunter untuk renew passport dan kena ambil angka giliran di kaunter 1. Memandangkan sana memang kosong dan tak ada orang pun no. terus dipanggil, tak sempat duduk pun. Pegawai bertugas pun awal-awal dah beritahu passport hanya boleh siap dalam masa 3 hari, bukan sejam macam di UTC Ipoh.

Bayaran hanya dengan tunai sebanyak RM200 untuk 5 tahun dan dokumen yang diperlukan ialah passport lama dan IC je. Untuk kanak-kanak, warga emas dan pelajar ke luar negara bawah 21 tahun RM100 manakala orang kelainan upaya adalah percuma. Boleh rujuk  link ini untuk maklumat lanjut.  Gambar akan diambil di sana, jadi kalau perempuan terus la pakai tudung hitam dan jgn ada manik-manik sangat ke apa yea.



Sekejap je dah settle, tapi kena tunggu 3 hari bekerja baru boleh pergi ambil. Hari Isnin nanti baru boleh ambil, kena bawa resit bayaran, IC dan diri sendiri.








Comments

Popular Posts