5 Cara putihkan kulit badan termasuk siku dan lutut









Siapa tak nak kan kulit putih, gebu dan bersih. Tetapi ada sesetengah kita yang mengalami kesan gelap di badan terutama di bahagian siku dan lutut. 

Kenapa siku dan lutut mudah menjadi gelap?

Ini kerana bahagian siku dan lutut ialah bahagian sendi yang sentiasa digerakkan dalam melakukan aktiviti seharian. Kawasan siku dan lutut juga sering menerima tekanan dan menyebabkan kulit disana menebal dan kering. Kerana itu, kulit di kawasan tersebut cepat mati dan menjadi kusam serta gelap. Selain itu kawasan itu juga sering berkedut. Selain itu, siku dan lutut juga mengandungi kadar melanin yang lebih tinggi dari bahagian kulit lain. 

Terdapat banyak bahan-bahan semulajadi yang boleh digunakan untuk memutihkan badan, siku dan lutut.



1. Minyak Zaitun



Minyak zaitun yang berasal dari pati buah zaitun sememangnya terkenal dalam kecantikan kulit. Cara nya ialah dengan menyapu minyak zaitun secukupnya pada badan, lutut dan siku. Biarkan selama 15 minit dan selepas dibilas dengan bersih. Minyak zaitun mampu menghilangkan sel-sel kulit mati untuk menjadikan kulit lebih cerah dan bersih.




Nurul sekarang ni gunakan Extra Virgin Olive Oil dari Cosway. Harga tak ingat sangat tapi sebotol ni boleh tahan lama. Biasanya sebelum mandi dalam seminggu sekali bila rajin Nurul akan sapu ni kat seluruh badan termasuk rambut, tunggu sekejap dalam 15 mins dan mandi seperti biasa. Memang boleh rasa perbezaan kulit sebelum dan selepas. Lembut jee. Nak kata putih gebu tu tak lah sebab dah memang genetik kulit tak berapa cerah tapi memang kulit rasa bersih je bila amalkan ini.



2. Lemon





Perahan air dari lemon sangat berkesan untuk meratakan warnak kulit. Caranya ialah belah lemon kepada beberapa bahagian dan gosokkan lemon pada bahagian yang bermasalah. Selepas 30 mins boleh bilas dengan air. Cara ni kena selalu amalkan dan konsisten, kalau tak memang tak nampah hasilnya.

Lemon senang je boleh beli dimana-mana. Selain itu boleh campur dalam air kosong juga.



3. Pelembap/losyen


Kulit di bahagian siku dan lutut adalah sangat kering, jadi jangan lupa sapu losyen atau pelembap pada bahagian itu setiap kali selepas mandi. Jika selalu diamalkan memang akan nampak perbezaan ketara. Jadi jangan malas. Nurul biasa guna Nivea Extra White Firming Body Lotion Q10 & Camu-Camu. 







4. Loofa

Sambil mandi atau selepas dah sapu minyak zaitun boleh gunakan loofa untuk membersihkan sel-sel mati yang tebal dibadan. Boleh juga amalkan scrub badan 2 minggu sekali untuk membuang kulit mati dan membantu penghasilan sel baru. Selepas menggunakan scrub jangan lupa untuk sapu losyen atau pelembap untuk mengekalkan kelembapan kulit







5. Jaga Pemakanan

Pengambilan makanan berkhasiat kaya dengan vitamin juga membantu mencerahkan kulit dari dalam. Salmon, avokado dan sayuran hijau sesuai untuk diamalkan. Makanan tambahan supplemen seperti vitamin C dan Vitamin E juga membantu mengatasi masalah kulit. Pengambilan vitamin C dan E secara konsisten boleh membantu dalam penghasilan kolagen yang dah makin berkurangan dalam badan ni. Barulah kulit sentiasa tegang dan licin. 





Lecehkan nak cantik, tapi kalau malas memang tak dapatlah nak cantik dan sihat. Jadi anda semua janganlah malas kalau nak cantik.




Sasha je senang, makin malas makin gebu dan cute..hihi



Jangan lupa tinggalkan URL anda, senang nak singgah nanti.

Comments

Popular Posts