Vitamin Sintetik

Apa itu Vitamin Sintetik



Kenapa ambil Vitamin?

Sebagai makanan tambahan pelengkap kepada diet seimbang dan senaman rutin yang biasa anda lakukan. 
 Anda mahukan yang terbaik untuk tubuh anda jadi pastikan anda memilih jenis vitamin yang tepat  dan terbaik untuk tubuh anda bagi menjamin tubuh anda kekal sihat

Namun vitamin yang sepatutnya membantu menguatkan imun sistem and melindungi kita dari pelbagai penyakit sebenarnya boleh menjejaskan kesihatan dengan bahan-bahan toksik yang terkandung dalam vitamin seperti pewarna tiruan, sodium benzoate, methylcellulose, silicon dan titanium dioxide seperti yang terdapat dalam vitamin sintetik.

Jadi adalah sangat penting kepada kita untuk mengenal vitamin yang kita ambil hari ini. Jangan main makan je vitamin tu, tapi check la ingredients kat botol juga


Perbezaan Vitamin Semulajadi Vs Sintetik


Sintetik bermaksud buatan. Bila badan kita menerima bahan buatan, maka sistem badan kita secara perlahan-lahan akan berubah. Vitamin Sintetik umpama buah plastik, sama rupanya macam buah sebenar, dan namanya pun ikut buah sebenar tetapi bila dimakan tiada khasiat sebenar dan berbahaya kepada kesihatan

Penghasilan vitamin sintetik dimanipulasi dari bahan-bahan kimia dalam makmal yang meniru komponen-komponen yang terdapat dalam vitamin semulajadi. Contohnya vitamin C mempunyai empirik C6H806. Oleh itu, penghasilan acid ascorbic ini boleh dihasilkan dengan molekul-molekul kimia sehingga terbentuknya empiric C6H806. Walaupun secara kimianya ia semulajadi tapi strukturnya jauh berbeza.

Penghasilan vitamin semulajadi pula dihasilkan dari ekstrak bahan-bahan semulajadi dengan mengambil intipati yang diperlukan dan menyingkirkan fiber. Contohnya pengambilan ekstrak buah limau dan jagung untuk menghasilkan vitamin C


 Vitamin terbahagi kepada dua:

Vitamin larut air tidak disimpan dalam tubuh dan akan dikeluarkan melalui air kencing. Contoh ialah vitamin B dan C. Vitamin ini biasa banyak hilang ketika proses pemasakan. Anda boleh buat ujikaji di rumah andai ada vitamin C. Cuba letakkn dalam setengah gelas air dan lihat 5 jam kemudian. Vitamin larut dalam air atau tidak? Kalau tak larut, maknanya vitamin yang sedang anda ambil itu merupakan vitamin sintetik. Kalau vitamin semulajadi, ia akan larut dalam air.


Vitamin larut lemak, tidak larut dalam air tapi larut lemak dan boleh disimpan dalam tubuh dalam jangka masa yang lama. Jenis vitamin yang larut lemak ialah vitamin A, D, E dan K. Cara nak uji ialah dengan merendamkannya ke dalam minyak masak. Selepas 3 hari cuba lihat adakah vitamin itu larut atau tidak. Kalau larut vitamin itu ialah semulajadi tetapi jika tidak itu adalah vitamin sintetik


Dari segi harga sudah tentulah harga vitamin sintetik lebih murah berbanding vitamin semulajadi. Ini kerana proses penghasilannya mudah dan murah. Komponen-komponen vitamin sintetik adalah terdiri daripada bahan kimia yang dihasilkan dalam makmal. Vitamin semulajadi jauh lebih mahal dari sintetik disebabkan pelaburan yang tinggi utk mendapatkan sumber semulajdi yang berkualiti dan proses penghasilan yang rumit.



Dari segi label, vitamin sintetik biasanya dilabel sebagai I manakala huruf d bagi vitamin semulajadi. Cth ialah Vitamin E, jika dilabel sebagai dl-alpha tocopherol, itu ialah vitamin sintetik tetapi jika dilabel sebagai d-alfa tocopherol itu adalah vitamin semulajadi.



Vitamin sintetik menggunakan warna tiruan manakala vitamin semulajadi tidak. Nak tahu macam mana nak kenalpasti vitamin tu guna pewarna tiruan? Cuba pegang vitamin itu dan tgk jika warna dia melekat pada tapak tangan. Jika ada itu menunjukkan ia adalah vitamin sintetik


Kebanyakan vitamin yang dijual di pasaran adalah sintetik. Shaklee adalah antara vitamin semulajdi yang tidak menggunakan sebarang bahan sintetik dan dijamin selamat, berkesan dan mesra alam.

"Ujikaji ke atas pengguna supplemen tambahan menunjukkan mereka yang mengambil supplemen Shaklee mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik berbanding mereka yang mengambil supplemen jenama lain dan mereka yang langsung tidak mengambil apa-apa supplemen. Keputusan ujian juga menunjukkan mereka yang mengambil supplemen jenama lain mempunyai masalah kesihatan yang lebih tinggi berbanding mereka yang tidak mengambil supplement" - The Landmark Study, Dr. Gladys Block

Jom hubungi saya untuk info/order






Comments

Popular Posts